Sports

Lee Zii Jia Tarik Diri Dari Terbuka Jepun 2025, Peminat Tertanya-Tanya

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, telah menarik diri daripada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2025 yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 20 Julai ini.

Menurut laman web rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain berusia 27 tahun itu tidak akan bertanding, namun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Team LZJ setakat ini.

Zii Jia sebelum ini mengalami kecederaan buku lali sewaktu aksi World Tour Finals pada Disember tahun lalu. Beliau kembali beraksi Mac lalu di Orleans Masters, namun tewas di suku akhir kepada pemain Ireland, Nhat Nguyen.

Penampilannya di All England 2025 juga mengecewakan selepas disingkirkan pada pusingan pertama oleh Angus Ng Ka Long dari Hong Kong.

Zii Jia juga menarik diri dari Swiss Open minggu berikutnya atas sebab kecederaan sama.

Baru-baru ini, satu posting ‘cryptic’ di media sosial oleh Zii Jia mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat mengenai keadaan kesihatan fizikal dan mentalnya.

Bagaimanapun, Majlis Sukan Negara (MSN) menafikan sebarang isu besar dan mengesahkan Zii Jia berada dalam keadaan baik selepas berhubung dengan pasukannya.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top