Chief Executive Officer Halal Development Corporation (HDC), Encik Hairol Ariffein Sahari, dilantik semula sebagai CEO@PTJ bagi Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Tempoh pelantikan baharu ini berkuat kuasa 21 Julai 2025 hingga 20 Julai 2026.
Pelantikan semula ini merupakan pengiktirafan UPM terhadap individu yang telah memberi sumbangan besar kepada industri Malaysia, selain kepakaran dan penglibatan aktif beliau dalam memacu pembangunan pendidikan agar sejajar dengan keperluan industri semasa.
Merapatkan Jurang Akademia & Industri
Melalui peranan ini, Encik Hairol dijangka menjadi jambatan penghubung antara akademia dan industri, sekali gus mengukuhkan kerjasama dan memastikan kurikulum yang lebih relevan dengan realiti pasaran.
“Pelantikan ini membolehkan kami terus memperkukuh bakat, memperluas pendedahan industri kepada pelajar, dan membuka lebih banyak laluan kerjaya untuk generasi akan datang,” kata pihak HDC.
Peranan HDC Dalam Pembangunan Modal Insan
HDC menegaskan bahawa pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam membangunkan modal insan merentasi pelbagai bidang. Usaha ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada pelajar, malah meningkatkan keterlihatan kerjasama antara pakar industri, penyelidik dan komuniti universiti.
Pelantikan semula ini juga dilihat sebagai usaha strategik dalam memperkukuh ekosistem halal, inovasi, serta kebolehpasaran graduan Malaysia.
