Dalam dunia yang serba digital, jenayah siber semakin canggih dan licik. Daripada e-mel mencurigakan, panggilan palsu, sehinggalah pautan “scam”, ramai antara kita mudah terjerat jika tidak berhati-hati.
NH Online kongsikan beberapa DO’s & DON’Ts mudah untuk membantu anda dan keluarga kekal selamat di dunia digital.
✅ Apa yang perlu dilakukan (DO’s)
- Guna & kemas kini antivirus
Sentiasa pasang antivirus yang dipercayai pada komputer atau telefon anda, dan pastikan ia dikemas kini secara berkala. - Kemas kini sistem
Jangan abaikan kemas kini sistem operasi dan aplikasi. Ia mengelakkan penjenayah daripada mengeksploitasi kelemahan lama. - Guna kata laluan yang kukuh & unik
Elakkan password mudah seperti tarikh lahir. Sebaliknya, guna gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor & simbol. Tukar kata laluan sekurang-kurangnya sebulan sekali. - Semak sebelum luluskan transaksi
Baca butiran transaksi dengan teliti sebelum tekan “confirm”. - Periksa URL sebelum klik
Elakkan klik pautan yang diterima melalui SMS atau e-mel mencurigakan. Akses hanya laman web rasmi. - Guna ciri kunci akaun bila perlu
Jika ada aktiviti pelik, segera gunakan fungsi “lock” akaun untuk lindungi duit anda.
❌ Apa yang perlu dielakkan (DON’Ts)
- Jangan leka
Penipuan sentiasa berubah. Peka dengan tanda-tanda awal scam. - Jangan klik tanpa berfikir
Jangan terus tekan link atau buka e-mel yang pelik. - Jangan terburu-buru layan permintaan
Scammer mungkin gunakan suara meyakinkan atau AI. Ambil masa untuk semak sebelum bertindak. - Jangan kongsi OTP, PIN atau maklumat peribadi
Bank atau aplikasi rasmi tidak akan minta ini. Jika ragu, hubungi nombor rasmi sendiri. - Jangan guna Wi-Fi awam untuk transaksi
Elakkan lakukan urusan kewangan menggunakan Wi-Fi percuma. Gunakan rangkaian peribadi yang lebih selamat.
Penutup
Jenayah siber adalah tanggungjawab bersama. Lagi banyak kita cakna, lagi susah scammer nak berjaya. Jadi, lindungi diri anda – kerana pencegahan lebih baik daripada kerugian.
📌 Nota Penting
Artikel ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber. Jika anda rasa menjadi mangsa penipuan, segera hubungi pihak bank, syarikat telekomunikasi atau buat laporan kepada pihak berkuasa.
