Umum

TH Plantations tamat kontrak CEO kerana ‘salah laku’

TH Plantations Bhd mengumumkan penamatan kontrak Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zainurin Zain, berkuat kuasa serta-merta susulan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku.

Dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata surat penamatan telah dikeluarkan kepada Zainurin, sebulan selepas beliau diarahkan bercuti. Ketua Pegawai Kewangan, Marliyana Omar, pula dilaporkan meletakkan jawatan.

Kes berkenaan dipercayai membabitkan pembayaran tidak sah berjumlah RM5.1 juta kepada pekerja ladang.

Sebagai cabang perladangan Lembaga Tabung Haji, TH Plantations (THP) ditubuhkan pada 1972 dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada tahun 2006. Syarikat ini menguruskan lebih 97,000 hektar tanah dengan kawasan tanaman melebihi 55,000 hektar yang meliputi 38 ladang dan enam kilang di Semenanjung, Sabah, Sarawak serta Kalimantan, Indonesia.

Aktiviti utama THP adalah penanaman kelapa sawit, getah dan jati, menjadikannya antara pemain penting dalam sektor perladangan negara.


 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top