Semakin ramai ibu bapa baharu di Malaysia memilih untuk tidur bersama bayi pada minggu awal kelahiran. Walaupun amalan ini memudahkan penyusuan dan mengeratkan hubungan, ia juga boleh membawa risiko yang tidak disedari. Beberapa kes tragis yang dilaporkan kebelakangan ini menjadi peringatan bahawa bayi memerlukan ruang tidur yang benar-benar selamat sejak hari pertama.
Prihatin terhadap isu ini, Mamaway Malaysia melancarkan Kempen ‘Finnish Baby Box’, sebuah inisiatif CSR nasional yang berlangsung sepanjang tahun. Kempen ini menawarkan baby box Mamaway percuma kepada ibu hamil dan ibu bapa baharu, dengan misi mewujudkan permulaan hidup yang lebih selamat untuk setiap bayi.
Baby Box ala Finland
Berinspirasikan amalan Finland yang terkenal di seluruh dunia, baby box keluaran Mamaway direka sebagai ruang tidur mudah alih yang kukuh, kemas, dan mempunyai pengudaraan baik. Ia membantu mengurangkan risiko ketika bayi tidur bersama ibu bapa di katil dewasa. Selain digunakan waktu malam, ia juga praktikal sebagai ruang rehat bayi ketika ibu menguruskan kerja rumah atau bekerja dari rumah.
Sokongan Menyeluruh untuk Ibu Bapa
“Keibubapaan bukan tentang berapa banyak wang yang dibelanjakan, tetapi tentang mengetahui cara yang betul. Mamaway ibarat satu jaring keselamatan. Jika anda melalui fasa ini, kami tidak akan biarkan anda jatuh,” kata Deborah Liu, Pengasas Mamaway.
Selama 20 tahun, Mamaway telah menjadi sokongan utama para ibu – menghasilkan produk, ruang dan ilmu yang membantu meringankan cabaran keibubapaan dari awal kehamilan hingga selepas bersalin.
Cara Tebus Baby Box Percuma
Ibu hamil hanya perlu membawa Buku Pink ke mana-mana cawangan Mamaway berikut untuk menebus baby box mereka:
- IOI City Mall Putrajaya
- Bellisa Row Pulau Pinang
- Mid Valley Megamall Kuala Lumpur
- Setia Tropika Johor Bahru
- Mid Valley Southkey Johor Bahru
Selain itu, bakal ibu juga boleh membeli tilam hydrofoam pada harga diskaun 50% dengan sebarang pembelian. Tilam ini adalah gred perubatan, hipoalergenik dan tidak bertoksik, serta telah lulus 223 ujian ketoksikan SGS mengikut piawaian Eropah.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Mamaway atau ikuti mereka di Facebook @MamawayMalaysia dan Instagram.
