Umum

Pelajar Tingkatan 4 Maut Ditikam di Sekolah Bandar Utama

Gambar Hiasan

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat dilaporkan maut selepas ditikam oleh seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di Bandar Utama, pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar 9.30 pagi, apabila suspek — pelajar Tingkatan Dua — membawa senjata tajam dipercayai pisau ke kawasan sekolah sebelum menikam mangsa.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ismail, suspek telah ditahan dan siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

“Ini amat menyedihkan. Kami masih menjalankan siasatan. Apa yang paling menyayat hati ialah remaja perempuan itu telah meninggal dunia.
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Insiden berlaku di luar sebuah bilik darjah,” katanya kepada pemberita.

Beliau turut mengesahkan bahawa suspek juga menikam seorang lagi pelajar, namun tahap kecederaan mangsa kedua belum diketahui.

Polis kini sedang menyiasat punca dan latar belakang kejadian, termasuk sama ada ia berpunca daripada perselisihan peribadi atau gangguan emosi.


NH Online mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyeru agar spekulasi tidak disebarkan sehingga siasatan rasmi selesai.


 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top