Umum

PUSAT RAWATAN TH DI TANAH SUCI TIDAK LAGI DIBENARKAN BEROPERASI

 


🇸🇦 PUSAT RAWATAN TH DI TANAH SUCI TIDAK LAGI DIBENARKAN BEROPERASI

Arab Saudi umum syarat kesihatan baharu Haji 1447H/2026M, TH sahkan langkah baharu

KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2025 — Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengesahkan bahawa Pusat Rawatan TH di Tanah Suci tidak lagi dibenarkan beroperasi bermula musim haji 1447H/2026M, susulan ketetapan baharu oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Bagaimanapun, TH menegaskan bahawa perkhidmatan kesihatan jemaah Malaysia akan tetap diteruskan melalui rangkaian klinik di semua bangunan penginapan jemaah di Makkah dan Madinah, yang dilengkapi kemudahan pesakit luar dan farmasi kendalian petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“TH akan terus memastikan kesinambungan khidmat kesihatan terbaik untuk semua jemaah Malaysia walaupun Pusat Rawatan tidak lagi dibenarkan,” kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Haji Mustakim Mohamad.


Rujukan Hospital Arab Saudi

Mulai musim haji ini, jemaah yang memerlukan rawatan lanjut akan dirujuk ke hospital-hospital kerajaan Arab Saudi, dengan pemantauan rapi oleh pakar-pakar KKM.
TH turut merancang menyediakan kemudahan tambahan di hospital swasta tempatan sekiranya perlu.

Sebanyak 225 petugas kesihatan KKM akan bertugas sepanjang musim haji 1447H bagi memastikan jemaah menerima rawatan segera dan teratur.


Syarat Kesihatan Bakal Haji

Kementerian Haji dan Umrah menetapkan syarat kesihatan ketat bagi memperoleh visa haji, antaranya:

  • Bebas penyakit berjangkit, kronik tidak terkawal, atau penyakit serius.
  • Mampu menunaikan ibadah tanpa kebergantungan fizikal tinggi.

Individu tidak layak menunaikan haji jika mengalami:

  • Kegagalan buah pinggang kronik
  • Kegagalan jantung atau penyakit jantung serius
  • Penyakit paru-paru, hati atau kanser aktif
  • Masalah mental atau neurologi serius
  • Warga emas lemah atau dementia
  • Kehamilan berisiko tinggi
  • Penyakit berjangkit aktif

TH Tekankan Istito‘ah Kesihatan

“Tahap kesihatan yang baik adalah sebahagian daripada syarat istito‘ah. Pemeriksaan kesihatan oleh KKM kekal wajib sebelum menerima tawaran haji,” jelas Mustakim.

Beliau turut mengingatkan bakal jemaah supaya menyiapkan diri secara fizikal dan mental menghadapi cuaca panas serta suasana berdebu di Tanah Suci.


 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top