Umum

Tiga Akta Akan Dipinda Tahun Depan Untuk Laksana Sistem Tol MLFF

Gambar Hiasan

Malaysia bakal melangkah lebih dekat ke arah pelaksanaan sistem kutipan tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi-Lane Fast Flow (MLFF) apabila tiga akta utama dijadual dipinda tahun depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan, berkata pindaan itu melibatkan:

  • Akta Jalan Persekutuan 1959,
  • Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan
  • Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980.

Beliau menjelaskan bahawa pindaan tersebut penting bagi memperkukuh peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan tidak membayar tol serta mekanisme penguatkuasaan MLFF, memandangkan sistem baharu ini tidak lagi menggunakan palang tol.

“MLFF ini tiada lagi palang tol. Pemandu hanya lalu, dan risiko tidak membayar tol lebih tinggi, sebab itu perlu ada undang-undang serta pihak yang menguatkuasakannya,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Menurut Ahmad, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dijangka menjadi agensi utama yang melaksanakan penguatkuasaan sistem tersebut.


Pindaan Undang-Undang Antara Faktor Kelewatan MLFF

Mengulas soalan tentang garis masa pelaksanaan MLFF di lebuh raya seluruh negara yang dikendalikan 33 konsesi, Ahmad berkata pindaan kepada tiga akta berkenaan merupakan antara faktor yang melambatkan pelaksanaannya.


Kos MLFF Ditanggung Konsesi, Tiada Perbelanjaan Kerajaan

Menjawab isu dakwaan kos pelaksanaan MLFF mencecah RM3 bilion, Ahmad menegaskan bahawa kos sepenuhnya kini ditanggung oleh pihak konsesi, memandangkan projek itu dijalankan melalui model perniagaan-ke-perniagaan (B2B).

“Tiada kos kepada kerajaan. Dan kita pastikan pengguna tidak dikenakan caj tambahan,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa MLFF dibangunkan bagi keselesaan pengguna, mengelakkan kesesakan berjam-jam di plaza tol walaupun lebuh raya sudah lancar.


 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top