Travel

Saudi Travel Fair 2025 Tarik 15,000 Pengunjung, Minat Terhadap Umrah+ dan Percutian Musim Sejuk Semakin Meningkat

Saudi Travel Fair 2025 yang berlangsung dari 12 hingga 16 November di IOI City Mall Putrajaya berjaya menarik 15,000 pengunjung, menandakan minat kukuh rakyat Malaysia terhadap pelbagai peluang pelancongan yang ditawarkan Arab Saudi.

Acara itu mempamerkan kepelbagaian budaya dan warisan Saudi, dengan pengunjung disambut melalui pengalaman sensori sejak di pintu masuk. Antara tarikan utama termasuk Taste of Arabia, yang menghidangkan qahwa — kopi tradisional Arab berempah — bersama kurma, serta stesen gaya warisan yang membolehkan pengunjung mencuba pakaian tradisional.

Turut menjadi perhatian ialah Sadu Art Wall, diinspirasikan corak weaving tradisional Saudi yang berbentuk geometri, di mana pengunjung dapat mempelajari seni tersebut secara interaktif. Stesen kaligrafi menawarkan penulisan nama dalam seni Khat, manakala persembahan tradisional seperti Ardha (tarian kebangsaan Saudi) dan Samri (muzik dan tarian Bedouin dengan gendang daf) memeriahkan suasana sepanjang acara.

Pakej Umrah+ Terus Dapat Sambutan Baik

Pakej Umrah+ kekal sebagai tarikan utama, khususnya sambungan perjalanan ke destinasi seperti AlUla, Aseer, Taif, Jeddah dan Al Baha. Pengunjung juga tertarik dengan tawaran nilai tambah seperti tiket percuma tren laju Haramain, rebat, aktiviti tambahan dan barangan edisi terhad.

Minat terhadap destinasi di luar “Golden Triangle” (Riyadh, AlUla, Jeddah) turut meningkat. Abha di Aseer dan Al Baha mendapat perhatian kerana cuaca yang lebih sejuk, pemandangan gunung serta daya tarikan warisan.

‘Winter is Alive’ Galak Perjalanan Santai dan Keluarga

Bagi keluarga dan pelancong muda, program “Winter is Alive” menjadi antara tarikan utama. Pengunjung meneliti pelbagai pilihan percutian berasaskan aktiviti santai di Riyadh, Diriyah (JAX District), Hail, Qassim, serta kawasan pesisir Red Sea — destinasi pelancongan baharu yang terkenal dengan pulau-pulau bersih, air jernih, hidupan marin dan resort mewah berteraskan kelestarian.

Keunikan gabungan aktiviti lasak, relaksasi dan konsep eko-pelancongan menjadikan kawasan Laut Merah pilihan menarik bagi mereka yang merancang percutian selepas Umrah.

Untuk maklumat lanjut mengenai program “Winter is Alive” dan peluang pelancongan terkini ke Arab Saudi, layari VisitSaudi.com.


 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top