Umum

Shamsul Iskandar Letak Jawatan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri

Gambar FB Shamsul Iskandar

Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri menerusi satu kenyataan ringkas di platform X.

Dalam hantaran tersebut, Shamsul berkata beliau dimaklumkan tentang “percubaan untuk menyerang” dirinya dengan perkara yang boleh menjejaskan imej Kerajaan Madani. Susulan itu, beliau mengambil keputusan untuk mempertahankan diri dan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shamsul turut mengucapkan terima kasih kepada Anwar atas kepercayaan yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat.

Shamsul sebelum ini menjadi perhatian susulan isu surat sokongan berkaitan sebuah projek hospital. Perdana Menteri pada Jumaat lalu menyatakan teguran telah diberikan, namun menegaskan sebarang tindakan lanjut perlu berdasarkan kepada tahap kesalahan yang dilakukan.

Shamsul dilantik sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri pada Disember 2022.


 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top