Umum

Bank Tawar Diskaun ‘Goodwill’ Untuk Penyelesaian Awal Sewa Beli — Bermula Suku Pertama 2026

Bank-bank di Malaysia akan menawarkan diskaun ‘goodwill’ kepada pelanggan yang mahu membuat penyelesaian awal (early settlement) bagi kontrak sewa beli kadar tetap sedia ada, susulan kelulusan Rang Undang-Undang (Pindaan) Sewa Beli di Dewan Negara.

Dalam kenyataan bersama, ABM, Aibim dan Adfim memaklumkan bahawa inisiatif industri ini bertujuan mengurangkan beban pelanggan menjelang pelaksanaan Akta (Pindaan) Sewa Beli (HPAA), yang dijangka berkuat kuasa pada suku pertama 2026.

Apa yang berubah di bawah HPAA?

  • Kaedah kadar rata dan Peraturan 78 akan dimansuhkan untuk pelanggan baharu.
  • Untuk pelanggan lama yang masih terikat dengan struktur lama, bank menawarkan diskaun goodwill supaya layanan mereka lebih setara dengan pelanggan yang akan menikmati kaedah baharu.

Persatuan perbankan itu berkata langkah ini mencerminkan komitmen industri untuk menyediakan peralihan yang adil dan meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap sistem pembiayaan.

Siapa yang terjejas?

  • Hanya pelanggan yang ingin membuat penyelesaian awal bagi sewa beli kadar tetap.
  • Pelanggan yang meneruskan bayaran bulan ke bulan sehingga tamat tempoh TIDAK terjejas oleh kaedah Peraturan 78.

Industri perbankan akan membuat pengumuman rasmi sebaik sahaja HPAA dikuatkuasakan.


 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top