Umum

Ketua Eksekutif Baharu HRD Corp Dilantik

Pelantikan Ketua Eksekutif Baharu HRD Corp Perkukuh Agenda Pembangunan Modal Insan

Putrajaya, 23 Januari 2026

Pelantikan YBhg. Dato’ Mohamed Shamir bin Abdul Aziz sebagai Ketua Eksekutif baharu Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau HRD Corp diyakini akan memperkukuh usaha negara dalam memacu pembangunan kemahiran dan modal insan secara menyeluruh.

Majlis penyerahan pelantikan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, dan disaksikan oleh YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), bertempat di Pejabat Menteri KESUMA di Menara PERKESO, Putrajaya. Turut hadir pada majlis tersebut ialah barisan pengurusan tertinggi kementerian.

Dato’ Mohamed Shamir membawa pengalaman kepimpinan yang luas merentasi pelbagai sektor. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), sebuah institusi mikro-kewangan nasional yang berperanan memperkasa usahawan berpendapatan rendah.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya di AIM, beliau berjaya memacu prestasi institusi termasuk mengekalkan kadar bayaran balik yang cemerlang, di samping meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa dalam bidang mikro-kewangan dan pembangunan sosioekonomi.

Pelantikan beliau dilihat selari dengan peranan strategik HRD Corp sebagai agensi utama dalam pembangunan latihan, peningkatan kemahiran tenaga kerja serta kel

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top