Dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang semakin hampir, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan iklan palsu di media sosial yang direka untuk mencuri maklumat akaun bank atau wang.
Penipuan ini biasanya menumpukan pada individu yang mencari produk atau perkhidmatan sempena musim perayaan, seperti:
- Menu atau tempahan biskut Tahun Baharu Cina
- Tempahan jamuan makan atau makan malam perayaan
- Tempahan meja untuk perjumpaan keluarga
- Servis pembersihan rumah
- Hamper / hadiah Tahun Baharu Cina
- Tawaran harga istimewa atau angpau percuma
- Penghantaran percuma untuk pembelian online (contoh: cheongsam, samfu)
Iklan palsu ini biasanya akan mengalihkan mangsa ke laman web tiruan, meminta muat turun perisian berbahaya atau memasukkan butiran perbankan online. Maklumat ini kemudian dicuri untuk mengakses akaun bank dan memindahkan wang ke akaun pihak ketiga.
Petua untuk Kekal Selamat
- Berhati-hati dengan iklan yang kelihatan “terlalu bagus untuk menjadi kenyataan”.
- Jangan beli dari laman web yang meminta muat turun aplikasi atau maklumat login perbankan.
- Semak profil penjual: lihat komen, ulasan, dan maklumat perhubungan. Tiada maklumat = bendera merah.
- Jangan buat pindahan wang melalui pautan yang mencurigakan. Hentikan proses segera jika ragu.
- Organisasi sah tidak akan meminta wang dihantar untuk tujuan penyimpanan selamat atau pembayaran melalui telefon, SMS atau mesej.
- Muat turun aplikasi hanya dari app store rasmi dan dipercayai.
- Jangan kongsi maklumat peribadi seperti butiran akaun bank, kad kredit/debit atau OTP.
- Sentiasa sahkan jumlah transaksi dan nama peniaga sebelum klik “APPROVE” atau masukkan OTP.
Jika Anda Menjadi Mangsa
- Segera blok atau hentikan kad melalui aplikasi rasmi bank anda.
- Hubungi bank anda melalui nombor yang sah atau saluran rasmi jika berlaku kehilangan atau penyalahgunaan kad.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak membuat sebarang spekulasi apabila berhadapan dengan tawaran menarik di media sosial sempena perayaan.
