Umum

Inflasi Malaysia Naik 1.6% Pada Januari, Kata DOSM

Kadar inflasi Malaysia meningkat sebanyak 1.6 peratus pada Januari 2026, dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) merekodkan 135.7 mata berbanding 133.6 mata pada bulan sama tahun lalu.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), peningkatan itu dipacu oleh beberapa kumpulan utama perbelanjaan pengguna.

Ketua Perangkawan, Mohd Uzir Mahidin berkata, kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan serta perkhidmatan mencatat kenaikan tertinggi iaitu 6.6 peratus, berbanding 5.7 peratus pada Disember 2025.

Selain itu:

  • Pendidikan meningkat 3.2 peratus (Disember 2025: 2.8%)
  • Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain naik 1.2 peratus (Disember 2025: 0.9%)
  • Rekreasi, sukan dan budaya meningkat 0.9 peratus (Disember 2025: 0.8%)

Dalam masa sama, kumpulan minuman beralkohol dan tembakau mencatat kenaikan 2.5 peratus, manakala makanan dan minuman meningkat 1.5 peratus — kadar yang sama seperti bulan sebelumnya.

Kenaikan ini menunjukkan tekanan kos sara hidup masih berterusan walaupun pada kadar sederhana, terutama dalam sektor perkhidmatan dan barangan keperluan harian.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top