Umum

DBKL Sita Penjaja Air Balang, Tegaskan Dataran Merdeka Kawasan Larangan Berniaga

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan sitaan terhadap aktiviti penjajaan air balang yang dikesan di sekitar Dataran Merdeka pada 14 Februari 2026.

Menurut DBKL dalam satu kenyataan di Facebook, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

DBKL menegaskan bahawa Dataran Merdeka merupakan kawasan larangan menjaja bagi menjaga imej, kebersihan serta nilai warisan kawasan bersejarah berkenaan yang menjadi kebanggaan warga kota dan tarikan pelancong.

Pihak berkuasa tempatan itu turut mengingatkan orang ramai agar tidak membeli daripada penjaja haram serta bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan kebersihan dan keindahan persekitaran sentiasa terpelihara.

β€œKerjasama semua pihak amat dihargai demi memastikan Dataran Merdeka dan kawasan sekitar berada dalam keadaan bersih, selamat dan sejahtera untuk dikunjungi,” menurut kenyataan itu.

PALING POPULAR

Copyright Β© 2021

To Top