Umum

Gempa Bumi 6.8 Magnitud di Perairan Sabah, Terkuat Dalam Tempoh 11 Tahun – MetMalaysia

Gambar Met Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Feb 2026 – Satu gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.8 melanda perairan Sabah pada jam 12.57 pagi Isnin.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa tersebut berlaku di koordinat 7.0° Utara dan 116.4° Timur, kira-kira 49 kilometer ke barat Kudat, Sabah.

Gempa berkenaan direkodkan pada kedalaman 678 kilometer di bawah permukaan bumi dan dikategorikan sebagai gempa bumi dalam (deep-focus earthquake).

MetMalaysia memaklumkan kejadian itu merupakan gempa bumi terkuat direkodkan di Sabah dalam tempoh 11 tahun.

Gegaran dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Sabah serta sebahagian Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan agensi itu.

Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan MetMalaysia bagi membantu penilaian intensiti gempa.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top