Umum

Gempa bumi lemah dikesan di perairan Batu Pahat

Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 dikesan berlaku di perairan berhampiran Batu Pahat, Johor pada jam 6:07 petang hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur.

Pusat gempa dilaporkan berada kira-kira 22 kilometer barat daya dari Batu Pahat, Johor dengan kedalaman sekitar 10 kilometer.

METMalaysia memaklumkan gegaran daripada gempa bumi tersebut mungkin dirasai di kawasan perairan Johor.

Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan kerosakan atau kejadian tidak diingini dilaporkan.

Pihak METMalaysia memaklumkan akan terus memantau keadaan semasa bagi sebarang perkembangan lanjut.

Orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi berkenaan juga digalakkan mengisi borang soal selidik yang disediakan oleh METMalaysia bagi membantu pengumpulan maklumat kejadian.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top