Buletin

Suami Kemaruk Seks Punca Kes Perceraian Meningkat

Saban tahun kes perceraian di Malaysia semakin meningkat terutama di kalangan orang Islam.

Menurut laporan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), cetek pengetahuan berkaitan ilmu rumah tangga merupakan penyebab utama peningkatan kes perceraian pasangan Islam di Malaysia.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Hakim Syarie Negeri, Wan Mohd Zakri Wan Mohd mendedahkan punca berlakunya kes perceraian di Terengganu adalah disebabkan suami yang gila seks melampau.

“Ada wanita memfailkan perceraian kerana tidak tahan sikap suami yang gila seks sehingga tahap mencederakan anggota sulit dan fizikal semata-mata mahu membangkitkan syahwat,” kataya lagi.

Kebanyakan kes perceraian membabitkan pasangan yang berkahwin dalam tempoh kurang lima tahun berusia antara 26 hingga 30 tahun.

Tambahnya, Terengganu berada di tangga kelima tertinggi dalam rekod perceraian pasangan Islam sejak 2015 di seluruh negara.

Sumber: Cari Forum

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top