Buletin

Dikecam Teruk, Gadis Kenyit Mata Tutup Media Sosial

Semalam video seorang gadis cantik mengenyit mata dan melambai ke arah kamera menjadi menjadi bualan hangat di media sosial.

Aksi gadis cantik tersebut, Norsuziyana Natasya Mohd Hasim rata-rata menerima pelbagai reaksi dan tidak kurang juga ada yang mengecam tindakannya itu.

“Jurugambar suruh saya buat muka ‘cute’, senyum dan pandang pada kamera. Saya buat, tetapi tak tahu untuk siaran televisyen,”ujarnya kepada Harian Metro.

Namun, gadis yang mempunyai darah campuran Cina itu mengakui dia menerima komen kecaman sehingga terpaksa menutup akaun Facebook, Twitter dan Instagramnya.

“”Terus terang saya katakan, saya menangis membaca komen yang negatif itu. Ada yang mengecam hanya disebabkan kehadiran saya pada majlis itu dan dikaitkan dengan isu politik.

“Saya cuma menjalankan tanggungjawab saya sebagai anak menemani ibu, Roslina Karim, 57, yang mahu ke sana. Ayah saya dah lama meninggal dunia.”

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top