Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan model cantik ni. Orangnya memang cukup cantik dan berperwatakan lemah lembut.
Mesti ramai yang masih ingat lagi baju kahwin Anzalna yang pernah menjadi viral. Walaupun sudah bergelar isteri, Anzalna tetap menjaga penampilannya.
Mesti ramai nak tahu rahsia pelakon ini sentiasa kekal cantik dan memiliki badan langsing.
1. Amalkan topeng Putih Telur
Untuk miliki kulit cantik dan awet muda, Anzalkan amalkan topeng putih telur. Ia mampu melembabkan wajah, menegangkan kulit dan mempercepatkan proses penjanaan pada kulit wajah.
2. Baca Selawat Setiap Kali Basuh Muka
Petua ini Anzalna sentiasa amalkan, setiap kali nak basuh muka, ringankan mulut baca selawat untuk mengekalkan keserian wajah berpanjangan setiap hari.
3. Cuci Rambut Setiap Hari Dan Sapu Vitamin
Kalau nak rambut lebat hitam ikal mayang seperti Anzalna, amalkan cuci rambut setiap hari dan sapu vitamin. Jangan malas! Hasilnya pasti akan memuaskan hati.
4. Pengambilan Makanan Sederhana
Kalau nak badan ramping, ajar diri untuk makan makanan dalam kuantiti yang sederhana, jangan terlalu makan makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi. Lebihkan makan sayur- sayuran dan juga protein.
5. Banyak Minum Air Suam
Anzalna sarankan amalkan minum air suam selepas bangun tidur untuk kulit cantik semula jadi. Jangan biasakan diri minum minuman manis.
6. Jangan Terlalu Kerap Makeup
Ianya akan membantut pernafasan oxygen di wajah dan menyebabkan jerawat. Kandungan alat solek juga mempunyai kandungan bahaya dan boleh menyebabkan kedutan wajah di usia muda.