Umum

‘Total Lockdown’ Belum Tamat Tapi MITI Sudah Beri Kelulusan Beroperasi!

‘Total Lockdown’ 3.0 menyaksikan sektor ekonomi bukan ‘Essential Services’ di tutup dan sebanyak 95,142 syarikat dengan aggaran 1.2 juta pekerja mendapat kebenaran MITI untuk terus beroperasi dalam tempoh total lockdown.

Namun, pada 9 Jun MITI mengeluarkan kenyataan untuk mana-mana sektor ekonomi berkenaan yang ingin beroperasi boleh mengakses portal CIMS 3.0 untuk mendapatkan surat kelulusan beroperasi sekiranya belum menerima kelulusan untuk beroperasi, melalui laman sesawang MITI.

Sektor-sektor itu adalah pembuatan dan perkhidmatannya yang berkaitan (MRS); perdagangan pengedaran termasuk pemborongan, peruncitan dan pengedaran; makanan dan minuman termasuk untuk haiwan; penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar.

Tambahnya lagi,

Syarikat-syarikat yang sudah tersedia berdaftar di CIMS 3.0 tidak perlu mendaftar semula dan boleh terus memuat turun surat kebenaran beroperasi.

Perkara ini, menjadi kekeliruan kepada rakyat dan menganggap ‘total lockdown’ ini hanya sia-sia kalau semua dapat kembali ke tempat kerja sebelum tamatnya ‘lock down’. 

Jadi, kepada mereka yang sudah boleh ke tempat kerja. Diharap dapat menjaga diri dan jarak, semoga kita semua terhindar dari Covid-19 ini.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top