Selebriti

Neeta Buat Laporan Polis, Isu Video ‘Salah Parking’

Beberapa hari lepas kecoh apabila program nyanyian terbaru “All Together Now” di Astro.

Program yang menampilkan 50 orang juri itu menjadi perbualan hangat kerana ramai yang mempersoalkan tentang SOP yang dijalankan oleh program berkenaan.

Tatkala isu ini masih hangat diperkatakan, semalam muncul pula isu tentang salah seorang juri program berkenaan iaitu Neeta.

Sebuah video yang tular di laman aplikasi TikTok itu telah mengaibkan Neeta. Video berkenaan menunjukkan klip pendek Neeta yang sedang membetulkan bajunya ketika dia  bangun untuk memberikan “standing ovation” kepada salah seorang peserta program berkenaan.

Tanpa menyangka ada “mata tajam” yang melihat ke arah lain, dan turut mengkongsikan video tersebut di media sosial dan menularkannya dengan tajuk “Salah Parking”.

Neeta juga telah mengeluarkan siaran media rasmi bahawa dia akan membuat laporan polis berkaitan isu ini kerana individu terbabit masih berdegil dan tidak mahu memadam video tersebut daripada laman media walaupun sudah diminta untuk berbuat demikian dengan cara yang baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @neetamanis

Katanya, mungkin bagi sesetengah orang melihat perkara ini kecil, tapi pihak pengurusan NAR Records amat kesal dan menyelar perbuatan ini kerana menyebabkan Neeta dikecam orang ramai selepas video itu tersebar.

Tambahan lagi, ini juga sebagai tanda peringatan terhadap individu terbabit serta semua netizen supaya menggunakan media sosial dengan tujuan yang betul.

“Media sosial bukan platform untuk mengecam, memalukan dan membuli orang lain Semua kesalahan ini tertakluk di bawah Akta 588 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top