Politik

UMNO minta nyawa dari DAP?

Perbalahan dalaman di kalangan pemimpin Umno Melaka yang semakin meruncing akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri pimpinan Sulaiman Md Ali dan pembubaran.

Justeru, Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui Umno dan Barisan Nasional (BN) ‘meminta nyawa’ dengan DAP bagi menyelamatkan kerajaan negeri Melaka daripada runtuh, malam sebelum empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), menarik sokongan.

“Saya cakap terus terang saya berunding malam sebelum itu dengan kepemimpinan DAP, saya menawarkan beberapa solusi untuk kita membendung supaya ini (kerajaan negeri tumbang) tidak berlaku.

“Tetapi adalah lebih malang saya melihat ia tidak diterima pimpinan DAP pada waktu itu,” katanya

Beliau juga menjelaskan perundingan ini telah diatur oleh seorang pemimpin atasan UMNO yang enggan dinamakan.

“Ini bukan kerajaan negeri, ini antara parti. Saya tidak mewakili kerajaan negeri sewaktu saya berjumpa dengan pucuk pimpinan DAP,” katanya.

“Saya menawarkan seperti mana diputuskan dalam sidang dewan yang lepas, yang mana YAB KM (Ketua Menteri) menawarkan kumpulan parti pembangkang ini jadi rakan strategik untuk membina semula Melaka dan tawaran itu dibuat secara rasmi dalam sidang DUN baru lepas,” katanya.

Isnin lalu, bekas KM Melaka Datuk Seri Idris Haron bersama tiga lagi ADUN mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Sulaiman.

Susulan keputusan tersebut, ia akan memberi implikasi satu Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa diadakan walaupun negara masih dilanda penularan pandemik Covid-19.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top