Politik

“Cukuplah dikhianati sekali” – Zahid

President UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahwa beliau tidak akan bekerjasama dengan PAS mahupun Bersatu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang akan datang.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata dia menghormati keputusan dan ketetapan yang dibuat pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu untuk tidak memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

“Ketetapan telah dibuat dan saya sebagai presiden menghormati bahawa dalam PRU15 nanti kita tidak akan bekerjasama dengan PPBM.

“Saya fikir itulah kehendak di kalangan ahli-ahli Umno dan kepimpinan Umno di seluruh negeri Melaka. Saya harap mereka yang mendengar apa yang saya nyatakan ini adalah ekoran daripada suara hati dan suara hati politik mereka,” katanya.

“Cukuplah dikhianati sekali”

Beliau memilih untuk UMNO bergerak secara solo selepas ini, tanpa sesiapa mahu Muafakat Nasional (MN)

“Oleh kerana MN ini tidak pernah didaftarkan maka saya tidak nampak ada cahaya terang untuk MN itu direalisasikan sebagaimana PRK-PRK (pilihan raya kecil) yang pernah diadakan.

“Biarlah Umno bertanding dengan panji-panji BN secara solo. Dan Insya Allah rakyat memilih parti yang terbaik,” kata Ahmad Zahid.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga menafikan bahwa beliau tidak kecewa dengan Muafakat Nasional (MN) tapi mengambil keputusan sedemikian akibat beliau kecewa UMNO dikhianati berulang kali.

“Saya tidak pernah kecewa sebagai seorang orang ahli politik tetapi kita harus tahu bahwa bila kita berkongsi, terutamanya berkongsi hidup, kita harus saling percaya mempercayai dan kita jangan khianat mengkhianati.

“Cukuplah kalau pengkhianatan itu dilakukan sekali.

“Tetapi kalau telah berulang kali, bukan kepada Umno tetapi kepada pelbagai pihak, saya fikir itu harus dinilai semula,” katanya tanpa menjelaskan lebih lanjut pengkhianatan yang dimaksudkan.

Umno dan PAS memeterai piagam bersama untuk membentuk Muafakat Nasional semasa kedua-dua parti itumenjadi pembangkang.

Bagaimanapun selepas Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan, PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Bersatu tanpa berbincang terlebih dulu dengan Umno.

Pada masa sama, hubungan Umno dengan Bersatu – yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin Umno – terus  tegang.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top