Politik

Najib saman Tommy, kerajaan isu dana 1MDB

Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan kerajaan kerana mendakwa defendan melanggar kuasa dalam jawatan awam apabila mendakwanya di mahkamah dengan tuduhan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Melalui writ saman dan penyataan tuntutan difailkan pada 22 Oktober lalu, bekas Perdana Menteri berkata, 35 tuduhan dikenakan terhadapnya, kecuali pertuduhan membabitkan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, adalah sesuatu yang sudah lama dirancang Tommy.

Najib berkata, ia selaras dengan rancangan kerajaan ketika itu dan Tommy sebagai sebagai Peguam Negara, menjalankan tugasnya seolah-olah sebagai ejen Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, seawal tahun 2012, Tommy membentuk pendapat terdapat unsur jenayah kononnya berlaku berkaitan 1MDB kononnya membabitkan dirinya.

Katanya, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada tahun 2013, Tommy sudah membuat persiapan untuk menjadi Peguam Negara sekiranya PH membentuk kerajaan.

“Dia (Tommy) mendakwa menerima bukti anekdot mencukupi ‘a massive fraud has been perpetrated (suatu penipuan besar sudah dilakukan),” kata Najib dalam pernyataan tuntutan beliau.

Najib memfailkan saman itu melalui firma guaman, Tetuan Raj, Ong & Yudestra dan kes saman itu ditetapkan bagi pengurusan kes secara atas talian di hadapan Timbalan Pendaftar, Nurliana Ismail pada 19 November ini.

Menurut Najib lagi, Tommy melakukan penyalahgunaan proses dengan niat jahat (malicious process) dan cuai ketika memegang jawatan sebagai Peguam Negara dengan bersikap prejudis terhadapnya sebelum beliau didakwa di mahkamah.

Najib berkata, Tommy turut campur Najib berkata, ia selaras dengan rancangan kerajaan ketika itu dan Tommy sebagai sebagai Peguam Negara, menjalankan tugasnya seolah-olah sebagai ejen Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, seawal tahun 2012, Tommy membentuk pendapat terdapat unsur jenayah kononnya berlaku berkaitan 1MDB kononnya membabitkan dirinya.

Najib berkata, ia selaras dengan rancangan kerajaan ketika itu dan Tommy sebagai sebagai Peguam Negara, menjalankan tugasnya seolah-olah sebagai ejen Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, seawal tahun 2012, Tommy membentuk pendapat terdapat unsur jenayah kononnya berlaku berkaitan 1MDB kononnya membabitkan dirinya.

Katanya, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada tahun 2013, Tommy sudah membuat persiapan untuk menjadi Peguam Negara sekiranya PH membentuk kerajaan.

“Dia (Tommy) mendakwa menerima bukti anekdot mencukupi ‘a massive fraud has been perpetrated (suatu penipuan besar sudah dilakukan),” kata Najib dalam pernyataan tuntutan beliau.

Najib memfailkan saman itu melalui firma guaman, Tetuan Raj, Ong & Yudestra dan kes saman itu ditetapkan bagi pengurusan kes secara atas talian di hadapan Timbalan Pendaftar, Nurliana Ismail pada 19 November ini.

Menurut Najib lagi, Tommy melakukan penyalahgunaan proses dengan niat jahat (malicious process) dan cuai ketika memegang jawatan sebagai Peguam Negara dengan bersikap prejudis terhadapnya sebelum beliau didakwa di mahkamah.

Najib berkata, Tommy turut campur tangan dalam siasatan dan tidak mengkaji kesnya dengan objektif serta menyalahgunakan kuasa bagi memenuhi rancangan untuk memenjarakan dirinya.

“Defendan cuai menjalankan tanggungjawabnya untuk bertindak secara adil, mengikut batasan undang-undang dan berdasarkan peruntukan perlembagaan.

“Akibatnya, saya kehilangan reputasi sebagai ahli politik, hilang kebebasan ketika disiasat pihak berkuasa dan mengalami kesakitan, penderitaan serta trauma,” katanya.

Sehubungan itu, Najib memohon perisytiharan yang Tommy melakukan tindakan salah dengan melanggar kuasa, menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan yang akan ditaksirkan kemudian oleh mahkamah.

Beliau juga menuntut ganti rugi sebanyak RM1.94 juta iaitu perbelanjaan terpaksa ditanggung berikutan pendakwaan dikenakan terhadapnya seperti bayaran rundingan pasukan audit untuk melakukan semakan dokumentasi dan kos yang terpaksa dibazirkan kerana tidak dapat ke luar negara disebabkan syarat jaminan.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top