LIONEL Messi, Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah tercalon untuk Anugerah Pemain Lelaki Terbaik anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2021.
Pemain tengah Chelsea, Jorginho dan N’Golo Kante, selain penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski, termasuk bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe dan Neymar, juga berada dalam senarai pendek.
Erling Haaland daripada Borussia Dortmund, Kevin De Bruyne (Manchester City) dan Karim Benzema (Real Madrid) melengkapkan senarai 11 calon itu.
Terdapat tujuh calon untuk Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik yang dibarisi pengurus City, Pep Guardiola, dan jurulatih Itali, Roberto Mancini, yang membawa pasukannya mengecapi kegemilangan Euro 2020.
Hansi Flick, yang turut dicalonkan selepas kejayaan besar bersama Bayern sebelum mengambil alih jawatan melatih Jerman, akan bersama-sama Thomas Tuchel (Chelsea), Diego Simeone (Atletico Madrid) dan pengurus baharu Tottenham, Antonio Conte.
Lionel Scaloni yang membimbing Argentina menjuarai Copa America pula melengkapkan senarai itu.
Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker, Gianluigi Donnarumma (PSG), Edouard Mendy (Chelsea), Manuel Neuer (Bayern) dan kapten Leicester City, Kasper Schmeichel, akan bersaing merebut Anugerah Penjaga Gol Lelaki Terbaik.
I will repeat what I said a while ago. Never stop dreaming🙏 Thank you so much for this award, it’s an incredible honour to receive this tonight🏆 Dziękuję! #TheBest @FIFAcom
— Robert Lewandowski (@lewy_official) December 17, 2020