Buletin

PRU, Perikatan Nasional boleh bangkit!

Pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru sahaja melaburkan tirai pada 20 November lalu, dengan kemenangan sebanyak 21 kerusi milik Barisan Nasional (BN).

Walaupun tiada kempen secara besar-besaran akibat wabak Covid-19 yang masih belum pulih, namun semuanya dapat dijalankan seperti biasa mengikut norma baharu.

Detik paling mendebarkan bagi rakyat negeri Melaka, apabila mereka terpaksa akur untuk keluar mengundi untuk menghentikan pergoalakan politik di Melaka.

PRN Melaka ini kita dapat lihat ramai anak muda mula mengambil bahagian di dalam politik, terutama parti Perkitana Nasional (PN). Walaupun mereka tewas di Melaka, namun mereka cuba memberi satu wajah baru dan pengalaman kepada generasi muda untuk melangkah kedunia politik.

Disitu dapat kita lihat, bukan selamanya politik harus diletakan orang lama kerana “tiada yang lama, tiada yang baru”

Menanti detik ketika pengiraan undi amat mencemaskan, rakyat Melaka sentiasa mengharapkan yang terbaik demi negeri mereka.

Walaupun Perikatan Nasional tewas di Melaka, namun itu bukan satu titik noktah kepada PN. Masih ramai yang menyokong PN!

PALING POPULAR

To Top