Buletin

Terence Gomez letak jawatan ahli panel SPRM

Ahli ekonomi, Edmund Terence Gomez meletak jawatan sebagai ahli panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan-laporan yang membabitkan pegawai-pegawai tinggi SPRM.

Gomez dalam surat letak jawatannya yang tular di media sosial berkata, timbul persoalan berhubung ‘hubungan antara perniagaan dan pihak penguatkuasa’, dan situasi ‘konflik kepentingan’ membabitkan pegawai tinggi SPRM dan dakwaan bahawa pegawai itu memiliki saham.

Gomez berkata, bekas pegawai tinggi SPRM didakwa terbabit dalam situasi konflik kepentingan, sekali gus mencadangkan ‘ada suatu trend di institusi itu (SPRM) yang mesti disiasat segera’.

*Berita asal di Sinar Harian

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top