Ketika rakyat Johor baru sahaja menarik nafas lega akibat banjir yang melanda, terdapat desas desus bahawa ada pihak yang mengesa untuk Johor mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Rusdi Omar berkata, pihak tertentu yang menggesa PRN di negeri itu dilihat hanya mementingkan strategi politik semata-mata berbanding menjayakan ikrar mereka untuk membantu rakyat.
“Sebagai contoh apa yang berlaku ketika PRN Melaka, kalau sesebuah parti itu menang dengan kemenangan yang besar, ia akan memberikan satu ‘political mileage’ kepada mereka (untuk hadapi Pilihan Raya Umum).
Melihat kepada kesan di Melaka, mungkin UMNO merasa yakin untuk tawan Johor.
“Kita sebagai rakyat marhaen mahukan Pilihan Raya Umum dan PRN diadakan serentak. Kerajaan pun tak habis banyak duit kepada tempat yang tidak sepatutnya,” katanya.
Selain itu, Rusdi Omar menyifatkan ahli-ahli politik ketika ini hanya dilihat hanya memikirkan periuk nasi mereka semata-mata berbanding memikirkan usaha untuk membantu rakyat.
“Sudah tiba masanya rakyat menilai sejauh mana pemimpin-pemimpin boleh membawa aspirasi rakyat. Rakyat bukan bodoh sekarang,” ujar
Cadangan itu terjadi adalah ekoran perbezaan bilangan majoriti antara kerajaan negeri dengan pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada ketika ini hanya satu kerusi selepas kematian Ahli DUN Kempas, Datuk Osman Sapian.
Beliau juga, berkata bahawa rakyat Johor tidak akan bersedia untuk menghadapi (PRN) kali ini apabila mereka sahaja baru ditimpa musibah banjir, selain adanya juga risiko varian Omicron yang semakin meningkat.
Rata-rata rakyat Johor di laman Facebook yang mengetahui berita ini mula menunjukan reaksi yang tidak senang dan muak dengan perkara yang terjadi.
Sebaliknya, beliau menasihatkan para pemimpin agar memikirkan isu rakyat terlebih dahulu. Beri masa untuk keadaan ini reda sikit. Selepas itu kalau rasa perlu buat, buatlah. Tapi bukan masa sekarang.