Umum

Buka sempadan atau rugi rancangan MPN tidak dilaksanakan

Minggu lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) telah mengadakan mesyuarat (MPN) tahun ke-2, mengesyorkan pembukaan semula sempadan Malaysia pada 1 Mac.

Ini kerana, pembukaan sempadan adalah usaha pemulihan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Selain ia akan menghidupkan kembali sektor pelancongan yang amat suram, dan dengan pembukaan sempadan ini akan memberi banyak kesan positif kepada sektor lain seperti perdagangan dan perindustrian.

Pasaran saham juga memberi reaksi positif susulan pengumuman Muhyiddin itu kerana pelabur dalam dan luar negara melihat cadangan itu sebagai satu penanda aras bahawa Malaysia serius ke arah usaha pemulihan ekonomi.

Saham-saham yang ada hubungkait dengan sektor penerbangan seperti Capital A, AAX, Airport dan Iris turut menunjukkan kenaikan positif susulan syor dikemukakan Muhyiddin itu.

Negeri-negeri yang paling terkesan dengan penutupan sempadan seperti Johor dan Sarawak contohnya, amat menyokong pembukaan sempadan kerana ekonomi negeri masing-masing amat terkesan apabila tiada kedatangan pihak luar.

Pakar-pakar ekonomi juga ketika ditanya mengenai pembukaan sempadan Malaysia menyokong MPN kerana seiring dengan kadar vaksinasi negara serta impak Omicron yang tidak seteruk varian Delta seperti sebelum ini.

Malah, berdasarkan angka 21,072 kes Covid-19 yang dicatatkan semalam, hanya 86 kes sahaja dalam golongan serius iaitu kategori 3,4 dan 5.
Selebihnya iaitu 20,986 kes adalah mereka yang tidak bergejala atau hanya gejala ringan yang tidak berbahaya.

Cadangan untuk membuka sempadan juga bukan idea Muhyiddin seorang kerana jika dilihat kepada senarai anggota MPN, ia turut dianggotai oleh menteri kanan kerajaan, pemimpin pembangkang, pakar ekonomi, pakar kesihatan dan pihak industri.

Malah negara-negara lain seperti Australia, New Zealand, Filipina dan beberapa negara lagi turut membuat langkah sama kerana tidak mahu terus ‘terkurung’ dengan pandemik yang mustahil untuk hilang 100 peratus.

Bahkan negara-negara seperti Greece, Perancis, Portugal, Sweden dan Norway yang sudah membuka sempadan antarabangsa telah melonggarkan lagi syarat kepada kemasukan orang luar yang sudah divaksinasi.

Terbaru Kerajaan Thailand juga bercadang membuka semula sempadan Thai-Malaysia bulan depan bagi merangsang ekonomi dan sektor pelancongan.

Pada 11 Februari lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ‘menolak’ cadangan MPN untuk membuka sempadan pada 1 Mac kerana memerlukan penelitian lanjut.

Kata Ismail Sabri, Pembukaan sempadan negara pada 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini belum boleh dilaksanakan kerana ia memerlukan penelitian lanjut, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, cadangan MPN itu juga masih belum dibincangkan dalam Kabinet, selain perlu dirujuk kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendapatkan saranan dan nasihat.

Beliau menegaskan, perkara itu juga bagi memastikan kesediaan negara untuk menerima pengunjung luar, selain keupayaan kerajaan dalam mengatasi COVID-19 dan varian Omicron.

Diharapkan kerajaan tidak akan mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan, lebih cepat lebih bagus tambahan pula di kala rakyat diminta untuk bersedia hidup dengan Covid-19 dan negara hendak bergerak ke arah endemik, kerajaan Sabri harus yakin dengan dengan keupayaan MPN untuk membawa Malaysia ke arah fasa pemulihan.

Jika itu tidak dilakukan, kita bimbang orang bertanya apa maknanya kewujudan MPN?

Sumber ini dipetik dari penganalisis politik dan ekonomi.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top