CHEF selebriti terkenal Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan telah menerima surat saman malu daripada bekas menantunya, Shikin Maembong.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, Chef Wan, 64, mendedahkan saman yang dikeluarkan itu adalah berkaitan isu tegurannya terhadap Shikin dan anaknya Nadzri atau Chef Riz yang bertelingkah mengenai hak penjagaan anak mereka.
“Out of revenge tidak puas hati pasal urusan nafkah anak, she uses that as her way of getting back to him and it also affect me from seeing Ariana (cucunya).
“Letih saya nak melayan drama dia ini pun.
“Tak rasa malu ke semasa susah saya jugalah yang ada untuk dia di luar sana dan juga Arriana dan uruskan kos rawatan dan bil hospital sebagainya.
“Sebagai bekas bapa mertua jika saya nasihat dia supaya jangan buat perkara-perkara macam itu salah ke?
“Kita orang tua nasihat yang baik-baik without having to go to court to fight for custody of the child,” kongsi Chef Wan.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik surat saman yang dipercayai diterima bertarikh 16 Februari lalu.
Tambah Chef Wan lagi, sepatutnya isu kecil itu tidak perlu dibawa ke mahkamah dan dalam masa yang sama, Shikin sepatutnya mengenang jasanya yang selama ini pernah membantunya.
“Mahkamah ini ada banyak lagi isu-isu yang penting nak beri perhatian untuk negara ini. No need to tambah lagi all this issue nak saman bekas bapa mertua la pula.
“Kau lupa ke jasa-jasa aku bersusah payah kahwin kan kau berdua using 100% of my own hard work income? Looking after my cucu as and when I can?
“What have I done to advise you as well as others in this country, jika bercerai tu jangan berebut anak tu,” luahnya lagi.
Dalam perkongsian yang menerima hampir 13,000 tanda likes itu, Chef Wan turut memberitahu sepatutnya Shikin berasa malu kerana bertindak demikian.
*Artikel asal di Gempak