Umum

2 tentera maut ditimpa pokok ketika bertugas

Dua anggota tentera maut ditimpa pokok ketika menjalankan tugas operasi di kawasan pedalaman Hutan Belum di Gerik, dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata mangsa yang maut adalah Sarjan Mohd Kamal Ramli, 41 dan Koperal Muhammad Zaki Johari, 31, kedua-duanya dari Batalion Ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja di Kem Sungai Ara, Pulau Pinang.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati insiden berlaku kira-kira jam 1 pagi semalam, namun polis menerima laporan berhubung insiden itu kira-kira jam 11.50 pagi hari ini.

“Mayat kedua-dua mangsa sudah dikeluarkan dari kawasan operasi menggunakan helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sebelum dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihak polis merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga kedua-dua mangsa di atas kejadian terbabit,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top