Umum

Rakyat tengah bersiap siaga banjir, menteri BN sibuk dengan PRU – Netizen

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.

Beberapa kawasan juga telah diberi amaran agar bersiap siaga dengan apa sahaja yang akan berlaku, disebabkan ketidak stabilan perubahan iklim.

Namun, perubahan iklim ini tidak memberi sedikit impak pun pada perubahan politik di Malaysia.

Dikala, rakyat sedang takut dan bimbang memikirkan musibah yang bakal menimpa tapi kerajaan sedang bersorak untuk membubarkan parlimen dan mempercepatkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

Menurut, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan “PRU akan berlangsung diantara Oktober hingga Disember ini”

Ia ditambah dengan kenyataan oleh President UMNO, Dato Sri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan “Walaupun banjir, Barisan Nasional akan tetap redah banjir untuk berkempen”

Bagaikan ‘menuang api kedalam bara’, ramai netizen Malaysia yang meluahkan rasa marah dan kekecewaan terhadap pemimpin ini kerana bersikap mementingkan diri, terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan.

Jelas bahawa pilihan raya yang didesak desak ini bukan untuk kepentingan rakyat. Ianya semata demi kepentingan peribadi Zahid Hamidi dan UMNO.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top