Umum

Fyna Jebat mengaku sudah berkahwin dengan Zainal

Beberapa hari lalu rakyat Malaysia dikejutkan dengan cerita tular di media sosial mengatakan Fyna Jebat telah berkahwin bekas pengendali Melaka United, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Kini, semua jawapan telah terjawab apabila Fyna atau nama sebenar, Nur Syafinaz Jebat, yang juga adik kepada penyanyi terkenal Ayda Jebat telah membuat pengakuan bahawa beliau sudah berkahwin dengan Zainal Abidin.

“Alhamdulillah, saya telah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak. Harap doakan saya dan keluarga,” kata Fyna Jebat ketika diminta untuk mengulas isu yang tular itu.

Namun, beliau tidak dapat mengulas butiran terperinci mengenai majlis pernikahannya itu.

Sementara itu, Ayda Jebat pula berkata, dia berasa lega dengan pendedahan adiknya itu kepada pihak media.

“Rasanya, tidak ada apa yang perlu diluahkan lagi. Saya bangga apabila adik saya dapat dedahkan pada semua orang.

Menurut sumber, pasangan terbabit berkahwin, baru-baru ini, namun hanya diketahui individu dan ahli keluarga terdekat sahaja.

Mengikut rekod, jurulatih berkenaan berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga anak.

Zainal Abidin cukup terkenal sebagai penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 90-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan.

PALING POPULAR

To Top