Umum

Perbicaraan rasuah Zahid tangguh, SPRM jalankan siasatan lanjut

Perbicaraan rasuah Ahmad Zahid Hamidi, yang kini di peringkat pembelaan di Mahkamah Tinggi, telah ditangguhkan untuk membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut.

Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa pihak pendakwaan hanya boleh mempertimbangkan representasi Zahid selepas hasil siasatan SPRM.

Malik, yang membantu Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran, berkata pihak pembelaan menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada Januari dan Februari.

“Ia mencapai kira-kira 200 muka surat dan kami perlu meneliti dokumen itu kerana ia melibatkan isu yang rumit,” katanya.

Malik berkata SPRM juga sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

“Selepas berunding dengan peguam negara sendiri, saya diarahkan untuk tidak membantah permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan. Kami memerlukan masa yang munasabah untuk mempertimbangkan representasi itu,” tambahnya.

Sumber: FMT Berita

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top