Tular di media sosial apabila usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri membantu bapa Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dengan membeli sebuah kerusi roda menyentuh hati ramai orang.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @papalaris, Aliff dan isterinya turut membeli beberapa kelengkapan lainnya untuk diserahkan kepada keluarga Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Sajat.
Namun, perkongsian Aliff Syukri itu diselar oleh Adik Sajat di akaun TikTok @must1ka_55.
“Masalahnya mana mak aku, kembar, aku masa alif ni datang ha??? Tak pasal aku kena fitnah lagi”,
“Habis selama ini bapak aku memang tak berkerusi roda ke??”, sambil memperlihatkan kerusi roda yang ada di rumah.
Selain itu, Mustika turut menulis di kapsyen “Alif tu, laki orang mati pun dia nak record!!!”.
Namun, Mustika dilihat menutup ruang komen.
Terdahulu, menerusi satu sesi ‘live’ di TikTok, Sajat dengan tulus memohon bantuan keperluan sebuah kerusi roda untuk bapanya.
Sajat kini berada di Australia selepas melarikan diri ekoran waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir prosiding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di mahkamah.