Umum

Ahli Parlimen Labuan suarakan sokongan kepada kepimpinan PM Anwar

Gambar FB Suhaili Abdul Rahman

Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman Ahli Parlimen yang terkini menyuarakan sokongan beliau kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira semua permasalah rakyat Labuan yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Saya sebagai Ahli Parlimen Labuan dengan ini mengisytiharkan untuk memberi sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar İbrahim, Perdana Menteri Malaysia Ke-10 bermula daripada kenyataan ini dikeluarkan,” kata Suhaili.

Sehubungan itu, Suhaili turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah dalam usaha beliau membantu rakyat Labuan melalui anak syarikat GLC Sabah dalam menyediakan peluang pekerjaan secara kecil-kecilan sejak mula mengemudi pucuk kepimpinan di Sabah.

Bagaimanapun, bagi mengelak sebarang keraguan, saya ingin menegaskan bahawa dengan menyatakan sokongan saya kepada kepimpinan Perdana Menteri dan juga kepimpinan Ketua Menteri Sabah, saya akan terus taat, setia dan kekal sebagai Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).”

“Meskipun berdepan dengan risiko sebarang tindakan disiplin daripada parti, saya bersedia menerimanya demi memastikan kebajikan rakyat Labuan dan pengundi-pengundi di kawasan terbela dari terus menjadi mangsa keadaan” jelasnya

“Pengisytiharan sokongan saya ini kepada kepimpinan PM ke-10 adalah tanpa sebarang paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak dan saya melakukan dengan seikhlas hati demi kepentingan rakyat Labuan,” tambahnya

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top