Umum

Aliran trafik lancar di lebuhraya utama

Gambar Hiasan

Laporan setakat 8 pagi hari Selasa menunjukkan aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak lancar.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik lancar di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur).

Tambahnya aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) juga dilaporkan lancar.

Namun pihaknya menjangkakan peningkatan jumlah kenderaan di jalanraya mengambil kira pengguna yang memulakan perjalanan balik ke kampung pada hari ini.

 

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top