Umum

Anak Tam Spider, pelajar lain mangsa buli di sekolah asrama penuh

Gambar Facebook

Polis sedang menyiasat dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Dang Wangi Sulizmie Affendy Sulaiman, setakat ini pihaknya menerima 5 laporan berhubung isu terbabit, selain menyatakan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kita sudah merakam keterangan mangsa.

Pada Sabtu, media melaporkan seorang penyanyi berumur 51 tahun mendedahkan anak lelakinya berusia 14 tahun dibuli dan kesal dengan tindakan pihak sekolah yang didakwa bukan sahaja tidak peka, malah tiada tindakan terhadap masalah buli di sekolah berkenaan.

Selain itu, terdapat ibu bapa lain di sekolah sama mendedahkan anak mereka dibuli 6 pelajar di institusi terbabit sejak akhir tahun lepas hingga kini.

Memetik Harian Metro, penyanyi kumpulan Spider, Tam, 51, mendedahkan anak lelakinya yang berusia 14 tahun menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama, di Kuala Lumpur.

Tam atau nama sebenarnya, Rustam Mustafah mendakwa, bukan saja anaknya tetapi beberapa pelajar lagi turut menjadi mangsa buli senior.

 

 

 

Sumber FMT

 

 

PALING POPULAR

To Top