Umum

Angotta polis ditemui mati di sebuah tandas R&R

Gambar Facebook

Seorang anggota polis ditemui meninggal dunia di sebuah tandas hentian rehat dan rawat (R&R) lebuh raya di Nilai pada petang Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 5.45 petang.

Menerusi suatu kenyataan pada hari Jumaat, beliau berkata hasil siasatan awal mendapati si mati merupakan anggota polis bertugas di Kuala Lumpur, berumur 25 tahun dan sudah berkahwin dijumpai mati di tiang besi atas penghadang di dalam tandas.

Abdul Malik berkata, Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan membantu siasatan di tempat kejadian dan mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh si mati.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi pihak polis dan dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dijalankan,” katanya.

 

 

PALING POPULAR

To Top