Umum

AP terbuka import kereta, syarikat Bumipitera boleh mohon mulai 1 Julai

Gambar Hiasan

Syarikat Bumiputera termasuk yang tidak pernah terlibat aktiviti menjual kenderaan, boleh memohon menjadi syarikat AP Terbuka bagi mengimport dan menjual kenderaan di Malaysia, mulai 1 Julai depan.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) menjelaskan langkah itu selaras usaha meningkatkan keterangkuman dan ketelusan dalam proses permohonan AP Terbuka.

Menurut laporan media, Miti menyatakan pertambahan jumlah syarikat dalam segmen ini akan menjadikannya lebih kompetitif dan berdaya saing.

Antara syarat ditetapkan syarikat terbabit, harus berstatus sendirian berhad, pemilikan 100% Bumiputera, mempunyai modal berbayar minimum RM1 juta, dan sedang beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun.

Syarikat bumiputera yang layak dan berminat untuk membuat permohonan boleh merujuk laman sesawang, https://www.miti.gov.my/index.php/pages/view/3796

bagi mendapatkan garis panduan, borang permohonan dan senarai semak.

Dasar AP Terbuka yang dilaksanakan sejak 1970 telah berjaya melahirkan syarikat Bumiputera berdaya maju, bukan sahaja dalam segmen mengimport dan menjual kenderaan, malah dalam aktiviti utama di sepanjang rantaian bekalan seperti perkhidmatan selepas jualan, insurans, dan logistik.

Dasar tersebut merupakan antara dasar berkaitan Bumiputera yang masih dikekalkan sehingga kini dan penting bagi mencapai sasaran 30% pemilikan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara seperti ditetapkan Dasar Ekonomi Baharu.

 

 

PALING POPULAR

To Top