Umum

Aplikasi MAE tergendala akibat trafik tinggi menuntut eMadani

Gambar Hiasan

Aplikasi MAE tergendala perkhidmatan buat sekrtika waktu akibat orang ramai menuntut kredit eMadani, iaitu tawaran e-kredit tunai sebanyak RM100.

Menerusi suatu kenyataan di Facebook, Maybank berkata perkhidmatan berkenaan mengalami aliran trafik tinggi sehinggakan pengguna tidak dapat menuntut wang bantuan tersebut yang boleh diakses sejak jam 8 pagi tadi.

Menurutnya pihaknya mengakui sedang mengendalikan masalah tersebut dan meminta pengguna supaya bersabar.

“Kami sedang selesaikan masalah ini, mohon maaf di atas sebarang kesulitan,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, bantuan yang dilaksanakan secara sekali bayar (one-off) itu dibuka mulai 4 Disember hingga 20 Februari 2024.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top