Business

Acara Art Market Malaysia ditunda ke 15 Disember

Art Market Malaysia telah memaklumkan kepada rakan NGO, penaja, penyokong, dan artis-artis yang dihargai bahawa acara Art for Kindness yang pada asalnya berlangsung pada 1 Disember 2024, mengikut jadual, kini telah ditunda ke tarikh baharu, iaitu 15 Disember 2024, bertempat di Royale Chulan Kuala Lumpur.

Keputusan ini dibuat susulan kejadian yang tidak diduga dimana pengasas Art Market Malaysia – Puan Rita, telah dimasukkan ke hospital pada 23 November 2024 akibat serangan jantung. Puan Rita dijangka akan dibenarkan keluar dari hospital pada 27 November 2024, walau bagaimanapun, beliau dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan diberi masa untuk Kembali seperti sedia kala.

“Kami berdukacita atas segala kesulitan yang timbul akibat penangguhan ini. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak atas sokongan dan pemahaman yang ditunjukkan dalam waktu ini,” katanya dalam kenyataan media itu.

“Pihak Art Market Malaysia menghargai sokongan anda yang tidak berbelah bahagi menguatkan semangat kami untuk menganjurkan acara yang bermakna dan penuh inspirasi ini, “ katanya lagi.

Walaupun berlaku perubahan tarikh, pasukan acara Art Market Malaysia tetap komited dan bersedia sepenuhnya untuk memastikan kejayaan Art for Kindness. Pihak Art Market Malaysia berharap bahawa, sebuah sambutan yang melambangkan semangat kasih sayang dan kreativiti akan dicipta bersama-sama.

Art Market Malaysia amat menghargai galakan dan kesabaran dari semua pihak dan berhasrat untuk memastikan Art for Kindness ini berjalan lancar dan melangkaui jangkaan.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top