Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bakal menganjurkan ASEAN Green Job Career Fair 2025 pada 28 hingga 30 Ogos ini di IOI Grand Convention Centre, Putrajaya. Karnival ini dianjurkan bersempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Lebih 50 syarikat terkemuka akan menyertai pameran ini, menawarkan ribuan peluang pekerjaan merentasi pelbagai sektor termasuk kejuruteraan, teknologi, kewangan, tenaga boleh diperbaharui, perkhidmatan, serta perkilangan.
Selain sesi temu duga secara terus bersama majikan, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti:
- Expo Kerjaya Hijau – mempamerkan peluang kerjaya masa depan dalam bidang lestari.
- Pocket Talk – perkongsian ringkas oleh pakar industri mengenai trend pekerjaan hijau dan teknologi baharu.
- Kaunter Kaunseling Kerjaya – khidmat nasihat profesional untuk penulisan resume, persediaan temu duga dan laluan kerjaya.
- MYFutureJobs On The Go – zon interaktif yang memperkenalkan fungsi platform pencarian kerja MyFutureJobs dalam suasana santai.
Penganjuran ini dijangka memberi impak besar dalam memperkasa tenaga kerja tempatan, menyokong agenda pembangunan pekerjaan hijau, dan meningkatkan kebolehpasaran rakyat Malaysia di pasaran kerja ASEAN.
Bagi pencari kerja yang berminat, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:
👉 Daftar Sekarang
Sekilas Info:
📅 Tarikh: 28 – 30 Ogos 2025
🕘 Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Lokasi: IOI Grand Convention Centre, Putrajaya
