Umum

Ashwad Ismail Dilantik Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Baharu

KUALA LUMPUR, 23 Feb 2026 – Bekas Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia yang baharu.

Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Datuk Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Turut dilantik ialah Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran.

Fahmi merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-duanya serta berharap kepimpinan baharu itu dapat terus memacu transformasi industri penyiaran negara.

“Selamat datang ke keluarga Kementerian Komunikasi. Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu, saudara Ashwad Ismail serta Timbalan Ketua Pengarah, Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah.

“Semoga kepimpinan yang dibawa terus memperkukuh industri penyiaran negara, memacu inovasi serta menyampaikan maklumat yang sahih dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Pada Isnin, Ashwad turut mengumumkan pengundurannya sebagai Ketua Pengarang Astro Awani selepas lebih 19 tahun berkhidmat.

Beliau menggantikan Datuk Suhaimi Sulaiman yang menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia pada Jumaat lalu.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top