Business

Automechanika Kuala Lumpur 2025 Fokus kepada Peralihan Tenaga dan Aplikasi Teknologi Terkini dalam Industri Automotif

Pameran perdagangan automotif terkemuka, Automechanika Kuala Lumpur 2025 (AMKL2025), membuka tirainya secara rasmi hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan kehadiran 311 pempamer dari 21 negara. Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri MITI, Faizal Mohd Yusof.

“Automechanika Kuala Lumpur 2025 showcases Malaysia’s leadership in driving a sustainable automotive industry,” remarked Faizal. “By connecting local companies with global leaders, we’re fostering economic growth and a smarter, greener future for ASEAN.”

Diadakan dari 15 hingga 17 Mei, pameran tahun ini diperluaskan ke enam dewan, menandakan pertumbuhan minat yang mendalam terhadap sektor automotif tempatan, selari dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Michael Johannes, Vice President of Mobility & Logistics, Messe Frankfurt Exhibition GmbH expressed his delight at Malaysia for consistently being ready and open to engage in doing business, which became one of the reasons AMKL2025 expanded from five to six halls this year.

Vice President of Mobility & Logistics, Messe Frankfurt Exhibition GmbH , Michael Johannes,  menyatakan kegembiraan serta keterujaan beliau terhadap kesediaan dan keterbukaan Malaysia yang berterusan untuk menjalinkan kerjasama perniagaan, yang menjadi salah satu sebab utama AMKL2025 berkembang daripada lima kepada enam dewan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada tahun ini.

AMKL2025 menampilkan pelbagai jenis kenderaan termasuk model JDM, kereta klasik dan modifikasi audio, serta menyatukan elemen B2B dan pengguna untuk gambaran menyeluruh industri. Antara jenama utama yang turut serta termasuk Alienworld, Emerald, EV Connection, Kineta, Hans Tools, OBD, Schmaco, dan YonMing Group.

Antara tarikan utama ialah bengkel latihan baik pulih kemalangan, teknologi enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan tenaga baharu (NEV), serta aspek keselamatan EV dan demonstrasi langsung mengecat kenderaan. Program ini menyokong aspirasi kerajaan ke arah “pelepasan bersih sifar karbon”.

Persidangan Automotive Mobility Solutions pula menjadi platform penting bagi perbincangan dasar tentang elektrifikasi, peralihan tenaga dan pendigitalan – tiga tonggak utama masa depan mobiliti ASEAN. Forum turut menekankan keperluan industri menyesuaikan diri dengan landskap teknologi serta komitmen terhadap kelestarian ekonomi dan iklim.

Pengurus Besar Messe Frankfurt (HK) Ltd, Fiona Chiew, berkata “Automechanika Kuala Lumpur telah menjadi medan niaga utama dalam industri automotif tempatan selama lebih 20 tahun.”

Komponen pengguna, autoFEST@KL, menarik pengunjung dengan pameran kereta ubah suai dan teknologi pasaran selepas jualan, selain berfungsi sebagai platform pendidikan awam tentang inovasi automotif.

Penyertaan global yang menggalakkan mencerminkan keyakinan terhadap pasaran automotif Malaysia, membuka peluang kerjasama strategik dan penerokaan teknologi global kepada syarikat tempatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.automechanika-kl.com.

Dalam masa yang sama, Intelligent Manufacturing Kuala Lumpur turut berlangsung sehingga 16 Mei, dengan tumpuan terhadap cabaran dan peluang dalam transformasi digital industri. Maklumat lanjut di www.myintelligentmanufacturing.com.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top