Umum

Azizi harap diberi peluang pertahan Gua Musang kalau berlaku PRK

Gambar Facebook

Mohd Azizi Abu Naim berharap pimpinan parti kerajaan perpaduan memberinya peluang mempertahankan kerusi Gua Musang jika berlaku PRK di Parlimen itu.

Semalam, wakil rakyat Bersatu yang berpaling tadah itu mengumumkan tidak akan bertanding PRK DUN Nenggiri yang akan diadakan 17 Ogos ini.

Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata beliau sudah bekerja di kawasan berkenaan sebelum PRU15 dan memohon kepimpinan kerajaan perpaduan mempertimbangkan perkara itu.

“Memang saya akan minta pimpinan parti beri peluang, di Gua Musang saya bertanding atas tiket Perikatan Nasional, bukan kerusi sasaran PN , kita tak diberi apa-apa fasiliti sebab Gua Musang bukan kerusi Parlimen sasaran, kerana kekebalan Tengku Razaleigh Hamzah.

“Tapi saya dua tahun berusaha, buat aktiviti, menarik minat pengundi muda, saya dah kerja sejak 2020, kenapa nak biar orang lain bertanding. Saya akan guna alasan ini untuk izinkan pihak PH dan BN beri peluang kepada saya,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Pada PRU15 Azizi yang bertanding menggunakan logo PAS mengalahkan Tengku Razaleigh daripada BN dengan majoriti 163 undi.

Pada 24 Jun lalu Speaker Dewan Rakyat Johari Abbul mengesahkan menerima notis daripada Ketua Whip Bersatu Ronald Kiandee dan akan membuat keputusan dalam 21 hari berhubung permohonan mengosongkan enam kerusi wakil rakyat menentang parti itu.

PALING POPULAR

To Top