Umum

Azizi tidak akan bertanding PRK DUN Nenggiri

Gambar Hiasan

Bekas Adun Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim, tidak akan bertanding pada PRK DUN Nenggiri yang akan diadakan 17 Ogos ini sebagai calon bebas.

Menurut Azizi, beliau akan beri laluan kepada rakan-rakan dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi itu.

“Ini bukan soal kerusi yang dipertandingkan tetapi kita menghormati semangat setiakawan dalam kalangan komponen parti,” katanya dilaporkan media.

Selain itu, Azizi berkata beliau menghantar surat kepada Bersatu semalam menggesa parti berkenaan memberi butiran jelas mengenai pemecatan keahliannya.

Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan Kerusi DUN Nenggiri kosong bermula dari tarikh berkenaan setelah menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai keahlian Azizi pada 13 Jun lepas.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh pengundian bagi PRK Nenggiri pada 17 Ogos, serta menetapkan tarikh penamaan calon pada 3 Ogos dan pengundian awal PRK berkenaan pada 13 Ogos.

PALING POPULAR

To Top