Umum

Banduan Penjara Sungai Buloh melarikan diri ketika terima rawatan hospital

Gambar PDRM

Seorang banduan Penjara Sungai Buloh melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh pada 3.56 petang Rabu.

Menurut Ketua Polis Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor, Pusat Kawalan IPD Sungai Buloh menerima maklumat melalui talian MERS 999 daripada hospital memaklumkan seorang banduan tiada di katilnya dan disyaki melarikan diri.

Katanya, banduan yang berusia 27 tahun itu dikenali sebagai A Kalai Kumar, memiliki 8 rekod lampau membabitkan 4 kesalahan jenayah dan 4 kesalahan berkaitan narkotik.

Polis sedang menggiatkan usaha menjejaki dan menangkap banduan itu, menurutnya dalam kenyataan.

Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan banduan itu segera melaporkannya kepada IPD Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top