Umum

Banjir jejaskan produk pelancongan Terengganu

Banjir luar jangka yang melanda Terengganu baru-baru ini turut memberi impak kepada  beberapa produk pelancongan berteraskan komuniti (CBT) di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, Pusat Rekreasi Pengkalan Warisan dan Dataran Banggol Cempedak antara lokasi yang terjejas teruk ekoran bencana alam itu.

Justeru pihaknya telah mengadakan rundingan bersama pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi membantu membaik pulih produk pelancongan yang dibangunkan penduduk setempat itu.

“Kalau di Pengkalan Warisan, hampir semua tempat jualan mereka musnah. Ini menyebabkan kita  terpaksa tangguh program itu.

“InsyaAllah kerajaan negeri akan cuba ambil peranan membantu dua tempat ini dan tempat yang terkena banjir,” katanya.

Beliau berkata lagi, kerja-kerja pembersihan kesan peninggalan banjir itu juga masih giat  dilaksanakan.

Ariffin berkata pihaknya menganggarkan kerugian kira-kira RM200,000 yang terpaksa ditanggung pemain industri CBT dengan kerosakan sekitar 30 hingga 80 peratus.

Bagaimanapun Ariffin berkata pihaknya sedang  menilai jumlah kerugian sebenar yang dialami penggiat industri pelancongan susulan musibah banjir berkenaan.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top